My Meow Now

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

SHARPED PIE SIMPLE DAN MUDAH

Hari ni Cik Bunga breakfisrt Sharped Pie.. Selera tekak hari ni memang western sangat.. So Cik Bunga nak share resepi Sharped Pie yang simple tapi sedap.. (Resepi dari opismate Cik Bunga)




Bahan2 yang perlu :

Bahan A
10biji kentang
1L susu segar

Bahan B
1biji bawang holland
3ulas bawang putih (cincang)
1biji cili bangla
5biji cendawan butang
1tin tomato puri
250g cili boh
50g sayur campur
200g daging ayam kisar
Gula, garam, oregano, lada hitam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan C
Keju
Daun parsley (cincang)



Cara caranya :

Rebuskan kentang (yang sudah dibuang kulit) sehingga empuk.. Lenyekkan kentang dan susu (sukatan susu sehingga kentang menjadi warna putih)
Kemudian tumiskan bahan B (bawang putih, bawang holland, tomato puri dan cili boh) sehingga naik bau. (jangan lupa masukkan gula, garam, oregano, serbuk perasa dan lada hitam)
Masukkan sayur campur, cendawan butang dan daging kisar sehingga hampir masak baru masukkan cili bangla. (takut kira masukkan terlalu awal cili bangla tadi akan terlebih masak)
Setelah siap masuk kan bahan B yang telah dimasak tadi ke dalam bekas. Letakkan lapisan susu kemudian kentang yang telah dilenyek tadi..
Lapisan terakhir letak kan cheese ikut kesukaan kita.. (kalau Cik Bunga suka banyak cheese)
Bakar pada suhu 150 selama 20-25 minit..

Kemudian siap di hidang… 

Tabung Mia

Menarik Disini