PUDING ROTI DAN SOS KASTARD


Wahhh petang ni tak hujan alhamdulillah…rasa nak makan puding roti dengan sos kastrad pulak malam nie.. Puding nie kalau makan banyak2 dia cepat muak.. Tapi kalau ada jamuan atau port luck bolehlah try resepi ni…






Bahan bahan :

8 keping roti (tak kisah brand apa.. Cik Bunga suka Gardenia)

500ml susu segar (Cik Bunga pakai Dutch Lady Fresh)
2 biji telur
4 sudu besar gula kastor (gula biasa pun boleh tapi kurangkan takut termanis)
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar butter
1 sudu the esen vanilla (untuk hilangkan bau telur)

Kismis (untuk hiasan..boleh jew kalau korang nak letak ceri yang dah siap potong dadu tu..atau buah badam..)



Cara cara :

Sapukan roti dengan butter. Koyakkan roti letak dalam Loyang (kalau pakai Loyang panjang boleh je kalau nak susun..ikut kreativiti)

Bahan A (yang warna biru tu) dicampurkan dan pukul hingga sebati (boleh jugak kalau korang nak putarkan die ngn mixer..pukul sampai hancur gula).

Masukkan bahan yang dah diputar tadi ke dalam Loyang yang berisi roti tadi dan gaulkan kesemuanya hingga sebati (maksudnya semua roti kena dengan adunan tadi).

Rendamkan kejap dalam 20minit..barulah taburkan hiasannya..

Bakar atau kukus selama 20-30minit. (suhu bakar 180’)

Then siap dihidang.. Tapi kena ada sos dia lagi sedap dimakan.







Bahan2 untuk sos kastard :



1 tin susu cair
¼ tin air (guna tin susu tadi)
2 sudu besar tepun kastard
2 sudu besar gula


Cara cara :

Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.. ( kepekatan ikut selera masing2..)



Tabung Mia

Menarik Disini