Macam biasa aktiviti pagi sabtu Cik Bunga dan
kawan2 opis akan keluar sarapan dekat luar memandangkan hari sabtu adalah hari
yang tak sibuk.. Minggu nie kedai di Warong Soto Kedai Basikal, Rantau Panjang,
Klang yang menjadi pilihan kami..
Dekat sini macam2 menu ada dari sarapan pagi
hingga ke minum petang.. Beroperasi dari 7pg hingga ke 530ptg dan cuti pada
hari ahad.. Yang paling famous dekat sini nasi goreng ayam, lontong, soto dan
mee kari.. Kedai nie memang menjadi tumpuan penduduk berdekatan kerana keenakan
masakannya dan harga yang berpatutan..
Cik bunga pun dah lama tak menjenguk ke kedai ni
sebenarnya..dan sekarang kedai nie da direnovate untuk keselesaan
pengunjungnya.. Menu pilihan Cik Bunga apabila kesini ialah nasi goreng ayam
atau mee hailam.. Memang ummpphh.. (tak tau la
bagi korang macam mana kan) Tapi pagi nie Cik Bunga pilih nasi lemak
ayam dan keropok lekor.
Kalau korang nak try singgah kedai nie.. alamat
dia
Jalan Genting (berdekatan
dengan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang),
Kampung Rantau Panjang,
42100 Klang, Selangor
019-253 2000 (atau korang
leh try call..Cik Bunga dapat no nie dari Encik Google)
No comments:
Post a Comment