Kebelakangan nie gempar sangat tentang isu VAPE.. Baik buruknya juga apa hukumnya bila hisap
vape.. Cik bunga tak berani la nak sentuh isu hukum (memandangkan
awak ni bukan la champion benor..) tapi kita pun sedia maklum keburukan
merokok jadi pada Cik Bunga tak ada beza pun dengan hisap vape nie..
keratan metro online
Cumanya Cik Bunga nak share la sikit mengenai kenapa orang
beli vape dan keburukkan penjualannya yang berleluasa.. Kebanyakkan orang ramai
membeli vape dengan alasan nak berhenti merokok juga nak jimat memandangkan
rokok sekarang nie dah mahal harganya.. Sedangkan sebotol liquid flavor vape
harga dalam RM 30 dan katanya boleh tahan dekat sebulan (kalau share2 flavor dengan kawan2..tak tau la betul ke tak Cik Bie yang cakap)
Tapi bukan la itu isu UTAMA
yang Cik Bunga nak sampaikan.. Isu yang pentingnya ialah kesan yang buruk
tehadap penjualannya yang berleluasa tanpa kawalan.. Sebabnya baru2 ini dikawasan
kediaman Cik bunga telah timbul isu budak2 sekolah rendah yang berusia sekitar
8 hingga 10 tahun sudah pandai berkongsi duit untuk beli vape mereka sendiri..
Selepas disiasat mereka membeli vape itu dengan harga RM 40 di pasar malam.. (vape
apalah yang dorang beli dengan harga tu..bukan ke vape tu mahal harganya) Cik
Bunga tak tahu mana letaknya tanggungjawab penjual itu sewaktu menjualnya
kepada kanak2 ini.. Bagaimana jika yang membeli itu adalah anaknya sendiri??
Adakah dia akan membenarkan atau sebaliknya?? Adakah dia terlalu mengejar keuntungan sehingga tidak
kisah menjualnya dengan sesiapapun.. Cik Bunga tersangatlah kesal dengan sikap
peniaga seperti ini.. Harap ada pihak yang mengambil tindakan kepada peniaga2
yang tidak bertanggungjawab ini..
Peringatan :Di dalam zaman yang semakin maju
nie kita sebagai ibu bapa HARUS pantau setiap pergerakan anak2 dengan teliti
terutama sekali sengan siapa mereka berkawan..
2 comments:
mahalnya harga vape,cekik darah.
@blogrimaadoliee.blogspot.my mula2 nak beli vape memang mahal..
Post a Comment