My Meow Now

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

JJCM - RESTORAN SOUTHERN THAI

Konon balik kerja malam tadi nak terus makan sekali mama Cik Bunga tak masak pulak semalam.. Kebetulan call Cik Bie dia pun belum makan.. (haishh mama kitaorang pakat ke??) sebab mama dia keluar beli barang jahitan.. So dia pun ngajak la Cik Bunga teman dia pergi makan..

Memandangkan Cik Bie dah lapar sangat (maklum semalam petang hujan tu yang balik kerja masing2 kelaparan) kitaorang rancang nak makan dekat2 aje.. survey punya survey nampak la 1 kedai nie nama dia Southern Thai.. So singgahlah dekat situ.. Cik Bunga dengan Cik Bie memang suka try kedai2 yang kitaorang tak pernah pergi..


Cik Bie memilih nasi goreng seafood dan Cik Bunga nasi goreng USA.. Kedainya nampak bersih, tidak terlalu padat dan tak kena tunggu lama sangat.. Makanannya boleh tahan sedap.. Memang terasa keaslian masakan thai kat kedai nie.. Harga?? Sangat berpatutan tak de la mahal bebenor..




Korang yang duduk dekat area klang boleh try makan kat kedai tu.. Alamatnya

Restoran Southern Thai (bersebelahan Pangsapuri Impian Meru)
Persiaran Hamzah Alang,
Taman Saujana Meru,

42200 Kapar, Selangor



Tabung Mia

Menarik Disini