Seperti yang dijanjikan entri kali nie nak review pasal
tempat burger bakar yang Cik Bunga pergi dengan Cik Bie hari tu.. Masa Cik
Bunga nak pergi nie ngam2 sangat la baru lepas hujan lebat.. Cabarannya pada
hari tu kita orang t’paksa meredah jammed dan banjir sikit.. Tapi itu tidak
mematahkan semangat Cik Bunga nak merasa kesedapan dan kelazatan Burger Bakar
yang diwar2kan sedap sangat tu…
Perjalanan dari rumah kita orang yang sepatutnya Cuma
mengambil masa kira2 45minit menjadi sejam gara2 sebab yang Cik Bunga katakana tadi..
Dan itu telah menambah rasa lapar perut Cik Bie.. Sape suruh dia tak kan
tengahhari kan?? Selalu dah pesan tapi tak nak dengar..
Ok2 balik pada JJCM nie..selepas sejam perjalanan kitaorang
pun sampailah kat tempat yang dituju.. Malangnya tempat dah penuh.. Seriously
kedainya taklah besar mana pengunjung pulak ramai sangat.. Mujurlah berhampiran
tempat Cik Bunga berdiri tu brader tu
dah nak siap makan.. So dorang bangun je terus Cik Bunga suruh Cik Bie duduk..
Lebih kurang 15 minit jugak lah kitaorag menunggu untuk duduk tu..
Kat sini ada pelbagai jenis menu burger..memang meletop2
menu dorang.. harga pun sangat berpatutan… Bagi Cik Bunga harga dia sangatlah
murah..
Cik Bunga suka roti dia sebab dikukus.. Dan dorang ada
tomato bun dan charcoal bun jugak.. Cik Bunga dan Cik Bie order set Brozela Burger
Grill (atas permintaan Cik Bie..) memang kenyang pas makan tu.. Dan untuk
pengetahuan korang dorang pun menerima tempahan kek burger untuk sebarang
majlis..
Korang yang nak try boleh g kat alamat bawah ni :
Taman Villa Perdana,
Telok Panglima Garang,
Selangor, Malaysia
+60 14-962 2218 (boleh reserved meja kalau korang takut
takde tempat)
Faceook : BurgerWarisan
No comments:
Post a Comment