REVIEW PRODUK - LAVITEEN MOISTURING BOBY SHAMPOO


Cik Bunga nak review satu produk nie -Laviteen Moisturing Body Shampoo With Green Tea Extract For Dry Skin- adalah produk penjagaan diri keluaran  ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD.. Haa mesti korang fikir syarikat zhulian hanya keluarkan barang kemas jew kan?? Sebenarnya Zhulian jugak ada keluarkan produk2 lain seperti penjagaan diri.. penjagaan rumah, makanan kesihatan dan banyak lagilah kalau nak sebut satu persatu..  Cik Bunga sendiri dah cuba produk2 Keluaran Zhulian nie.. Dan diakui keberkesanannya.. Sekarang memang banyak pakai produk Zhulian sahaja.. Secara tak langsung tu Cik Bunga adalah ahli Zhulian yang sah..

-Abaikan Ironman tu-

Ok balik pada produk yang Cik Bunga nak review tadi.. First time guna memang dah jatuh hati.. Bau dia wangi sangat.. Lepas tu kulit pun tak kering.. Rasa lembab gituu.. Kalau sebelum nie Cik Bunga memang ada masalah kulit akan kering bila dah seharian kat luar.. Tapi lepas pakai Laviteen tak de dah masalah tu.. Kulit jadi lembut dan lembab..

Yang paling best tak perlu pakai banyak2, sikit pun dah banyak buih dan buat badan rasa segar.. Satu botol tu Cik Bunga boleh pakai 2 bulan.. Tahan lama kan?? Harga dia pun sangat berpatutan.. Sangat2 berbaloi.. Dah lah jimat kulit pun jadi cantik.. Rangkaian Laviteen juga terdapat untuk penjagaan rambut.. KLIK SINI  untuk senarai produk Laviteen.



PERSONAL CARE - LAVITEEN GREEN TEA

    
PC3101 - Laviteen Body Shampoo With Green Tea Extract For Normal Skin
500ml - RM 26.25

syampu badan kaya buih dengan ekstrak teh hijau yang memberikan anda kulit yang sihat setiap kali anda menggunakannya. Wangian yang menarik dan menyegarkan, memberikan anda sensasi kesegaran sengit. Laviteen Syampu Badan Dengan Ekstrak Teh Hijau Untuk Kulit Normal dicipta khas untuk mencapai khasiat penghidratan dan menggunakan kebaikan Ekstrak Teh Hijau dan Ekstrak Kiwi semula jadi penting untuk memberikan pembersihan lembut dan berkesan, pelembab, berkhasiat dan rawatan anti-oksidan untuk menjaga kulit anda kembali muda, segar dan lembut.

PC3102 - Laviteen Moisturing Body Shampoo With Green Tea Extract For Dry Skin
500ml - RM 26.25

dirumus khas untuk membersih dengan berkesan, mengandungi Vitamin E dan ekstrak Alpukat yang melembapkan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit dan menjadikannya lembut. manakala Ekstrak Teh Hijau yang anti-oksidan melindungi kulit daripada kesan rosak setiap hari dari angin, debu dan matahari.

PC3103 - Laviteen Scalp Care Shampoo With Green Tea Extract
350ml - RM 23.40

Laviteen Syampu Penjagaan Kulit Kepala Ekstrak Teh Hijau mengandungi Ekstrak Teh Hijau untuk menyuburkan dan radikal bebas dalam kulit kepala, meningkatkan peredaran dalam kulit kepala dan membantu meningkatkan kesihatan, kilau dan bersinar dari kedua-dua rambut dan kulit kepala. Ia menyediakan kuasa melawan kelemumur berkesan tanpa menanggalkan batang rambut atau merengsakan kulit kepala pada masa yang sama mengekalkan minyak semula jadi di kulit kepala.
 
PC3104 - Laviteen Strong Hair Liquid With Green Tea Extract
250ml - RM 23.60

Laviteen Cecair Rambut kuat Ekstrak Teh Hijau membina rambut sepenuhnya dengan bersinar yang luar biasa. Rambut kering, rosak yang jelas kelihatan akan dijana semula dengan penggunaan yang teratur. memberikan kawalan tambahan dan kilauan untuk membantu melembapkan rambut anda sepanjang hari. Ekstrak Teh Hijau dengan berkesan melawan radikal bebas dengan manfaat anti-oksida untuk menjaga rambut anda segar dan cergas. Ia juga mengawal rambut mengerbang dan rambut ikal, memberi sokongan pada gaya rambut dan pada masa sama mengukuhkan struktur rambut.

PC3105 - Laviteen Hair Gel With Green Tea Extract
125ml - RM 26.40

Sarat dengan teh hijau antioksidan, ia menjadikan rambut rasa licin walaupun ditiup kering. memegang gaya tanpa kaku atau melekit. Tidak mengeringkan atau menanggalkan minyak rambut semula jadi. Mudah dicuci daripada rambut, dengan tidak meninggalkan sisa menjengkelkan yang membuat rambut kusam dan kurang kilau.






AJ CS BUKIT JELUTONG KECOH??

Seperti kebiasaan hari sabtu adalah hari makcik2..kakak2 akan beratur dekat CS Aidijuma berdekatan untuk membeli tudung keluaran Datin Juma.. Cik Bunga pun suka pakai tudung bawal AJ keluaran Datin sebab senang nak bentuk dan bidang yang besar.. Terjebak dengan kawan2 kat opis nih..

Tapi bukan tu yang Cik Bunga nak bagitau kat korang.. Cik Bunga ada dengar cerita dari kawan2 yang pergi ke CS Bukit Jelutong hari ni yang dorang sedikit kecewa.. Ehhh kecewa pasal apa pulak ni??

Kawan2 Cik Bunga nie dari malam tadi dah ada dekat sana.. Pendek kata dorang tido kat sana semata mata nak dapat nombor awal..  Memandangkan nombor yang dikeluarkan taklah banyak mana.. Cumanya hari nie mereka kecewa sebab tak dapat nombor lansung..


Cik Bunga pun tak tahulah sebab ada.. Tapi dorang Cuma bagitahu yang ada pergaduhan mulut antara pekerja AJ dan pelanggan yang menunggu kat situ.. Gaduh pasal apa idoklah Cik Bunga tahu.. Tak beranilah Cik Bunga nak cakap kang salah cakap tak pasal2 kena saman pulak.. Bila Cik Bunga dengar kesian jugak dengan kawan2 tu.. Yelah dah lah bermalam kat sana lepas tu xdapat nombor pulak.. Macam sia2 jew usaha dorang.. Mungkin jugak tak ada rezeki mereka minggu nie..

Cik Bunga pasti Datin Juma akan menyiasat punca2nya dan selesaikan masalah nie.. Masalah kecil je salah paham antara pekerja dan pelanggan… Apa2 pun Cik Bunga tetap sokong Aidijuma.. Moga bisnes Datin terus sukses dan berkembang..



Throwback TLC Festival


Minggu nie banyak buat entri pasal GA dan segmen je.. Tapi alhamdulillah terselit rezeki sebab menang GA by Cik Akak (tq Cik Akak).. Tak baget pun boleh menang, niat join sebab nak tambah kenalan je..


Cik Bunga no 9 tu..huhuhu

Banyak kerja yang perlu disudahkan memandangkan 2 minggu awal bulan Disember nanti Cik Bunga ada family trip dan company trip.. Cerita minggu nie pun banyak tak story the mory lg.. Dah hujung2 minggu macam nie lah baru ada kesempatan.. 



Actually Cik Bunga nak cerita pasal ahad lepas Cik Bunga pergi ke TLC festival kat Setia Alam.. Ala event yang Cik Bunga review hari tu.. ingat tak?? KLIK SINI kalau korang tak ingat.. Overall event tu memang happening ramai sangat orang.. makanan sedap2 (bayar guna touch n go) cuma…



sakan dorang berzumba


Haaaaaaa ada Cuma tu.. Cuma sabtu malam tu hujan lebat jadi keadaan tapak festival sangat lah berlecak.. Tapi pengunjung2 sporting tau… Ada yang sanggup kotor kan kasut dan ada yang berkaki ayam.. Tapi hot air ballon yang diperkatakan tidak muncul tiba.. Mungkin ada kesilapan teknikal..



Melepetlah Cik Bunga dengan kawan2 dari pukul 3 sampai 6.30 ptg kat sana.. Penat namun seronok.. Yelah dah lama tak kuar dengan geng2 perempuan nie.. Balik tu pulak abang Cik Bunga ajak keluar makan kat TGIF.. Sampai je rumah memang pengsan terus.. Maklum isnin kan nak kerja.. Minggu nie kita rest jew dekat rumah.. (itu pun kalau bolehlah..)







SERANGAN BAD REQUEST



Dipetang yang sejuk dan petir juga guruh sedang berdentum diluar Cik Bunga rasa sedikit buntu dan tertanya kenapa Cik Bunga tak boleh nak follow orang and tengok follower sendiri?? Tak boleh bukak Nuffnang dan upload gambar kat blog.


Dia akan keluar macam kat bawah ni :


Lepas godek2 macam2 benda akhirnya selesai jugak masalah.. ada dua cara.. first pergi ke bahagian atas kanan ( customize and control google chrome - tiga baris ) , klik setting , klik history ( kiri ) , klik clear browsing data , klik the beginning of time , klik clear browsing data ...


Kalau tak boleh jugak korang klik kat kunci hijau atau yang macam kertas putih tu macam dalam pic kat bawah ni.


Pastu akan keluar macam ni :




Then korang klik dekat show cookies and site data.. Dia akan keluar yang macam ni plak :





Pastu korang clear kan yang berkaitan dengan web yang korang tengah bukak…contoh kalau korang tengah bukak blooger.com so korang clearkan semua yang berkaitan dengan blogger.com


Insya allah masalah korang akan selesai..






"Segmen December Award & School Holiday Contest By Izzat Azhar"

Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

BILA FIKIRAN DAN HATI TIDAK SEIRING


Fikiran tak semestinya seiring dengan hati.. Ada waktu hati suka menafikan apa yang fikiran katakan.. Hati suka untuk mempertikai apa yang fikiran tentukan.. Kenapa hati berbuat demikian?? Mengapa sukar benar hati hendak sepakat dengan fikiran?? Tidak pernahkah hati bersetuju dengan fikiran??

Pernah.. Hati tidaklah terlalu kejam dengan fikiran.. Kadang2 hati mampu sepakat dengan fikiran.. Samalah seperti hubungan antara kita.. Ada waktunya kita tidak sepakat dengan pendapat orang lain.. Ada waktunya pula kita mampu memberi suara sepakat.. Seia dan sekata..

Bila hati dan fikiran tidak sepakat.. Perasaan memainkan peranan.. Persoalan..Pertikaian.. Mungkin juga boleh jadi salah faham.. Begitulah bila 2 orang yang sedang mengalami ketidaksefahaman.. Orang ketiga muncul samaada mengeruhkan lagi keadaan ataupun memulihkan..


Akhirnya tetap kembali kepada hati dan fikiran untuk menentukan..



Misi kembara si citam

kembara

Segmen kali ni bukan blogwalking sahaja, tetapi diharuskan follow blog peserta. Harap tak kisah la.


wahhh Zie ada buat segmen BW sambil follow blog2 yang join.. Jom kita ramai2 support segmen yang Zie buat..



Mini Giveaway YanieYusuf.com

klik banner untuk join

MINI GIVEAWAY YANIEYUSUF.COM


Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entry ''Mini Giveaway YanieYusuf.com'' berserta gambar diatas (pastikan blacklink ke entry ini tau).
2. Follow Blog www.yanieyusuf.com
3. Follow Google+ Yanieyusuf
4. Follow Instagram: Yanieyusuf , AirAsia , TV3Malaysia , Altel dan TravellingBeruang
5. Jangan lupa tinggalkan link enrty diruangan komen disini.



Tarikh akhir: 30 November 2015
(Sehingga jam 1159 malam)

" Segmen Bloglist Dec 15-Jan 16 By Afidah Azmi"



Kengkawan jom join sgmen kak Afidah.. Suka blog akak nie sebab sempoi jew.. Cute2 jew orangnya.. Klik banner ok untuk join..

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Ramai dah mencuba Thai Red Tea & Thai Green Tea yang sudah menjadi viral di media social. Rata rata mengatakan keduanya lebih kaw dan lebih sedap. Dried Roselle Tea katanya boleh menurunkan berat badan. Boleh diminum panas atau sejuk. Bancuhan sejuk lebih sedap! Kalau nak rasa kesedapan Thai Red & Thai Green Tea ataupun Dried Roselle Tea ni, jemput sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine. Mana tahu ada rezeki nak rasa salah satu darinya.
Khasiat Dried Roselle Tea
Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat
Klik banner untuk sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Syarat ² Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Like Fanpage Blog Azhafizah
Follow Blog 
www.azhafizah.com | nadinesblog.blogspot.my

Follow  Google +
 Nadine Jamal

Follow Instagram
 azhafizahmdnornadines.hutndrajamal 

2. Buat 1 entry bertajuk : Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine
3. Copy dan paste code yang telah disediakan di dalam ruangan HTML entry.
4. Publish dan Tinggalkan link entry  & email di ruangan komen entry Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Tempoh Giveaway : 23 November 2015 10:00am- 7 December 2015 11:59pm

Hadiah
1 pek Thai Red Tea x 1 Pemenang
 1 pek Thai Green Tea x 1 Pemenang
1 Jar Dried Roselle tea x 1 Pemenang

Pemenang akan dipilih melalui random picker dan keputusan giveaway akan diumumkan pada 8 December 2015. 

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie


Jom join Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie ada hadiah misteri katanya.. Klik banner atas ni untuk join.

Giveaway: Mommy Bloggers Network by the HEHS lady



Mommys blogger jom kita join giveaway dari aishah nie.. katanya nak tambah kenalan dari golongan mommys.. Bagus jugak tukan atleast boleh menambah kenalan blogger yang dah jadi mommy..

Boleh dikatakan majoriti bloggers wanita banyak yang dah bergelar ibu.. So jom kita tambah kenalan klik banner kat atas untuk join..



Salina Johari


Cik Bunga suka visit 3 blog nie.. Sebab mereka sangat ohsem.. penulisan dorang yang bersahaja gitu tak bosan bila membaca..





Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda

Assalammualaikum… Morning readers & bloggers.. fuhhhh hujan rahmat pagi selasa.. Jom sambil2 tu kita join giveaway adik huda n kakak dia nie..



Klik banner untuk join

JJCM - BURGER BAKAR WARISAN SIJANGKANG




Seperti yang dijanjikan entri kali nie nak review pasal tempat burger bakar yang Cik Bunga pergi dengan Cik Bie hari tu.. Masa Cik Bunga nak pergi nie ngam2 sangat la baru lepas hujan lebat.. Cabarannya pada hari tu kita orang t’paksa meredah jammed dan banjir sikit.. Tapi itu tidak mematahkan semangat Cik Bunga nak merasa kesedapan dan kelazatan Burger Bakar yang diwar2kan sedap sangat tu…




Perjalanan dari rumah kita orang yang sepatutnya Cuma mengambil masa kira2 45minit menjadi sejam gara2 sebab yang Cik Bunga katakana tadi.. Dan itu telah menambah rasa lapar perut Cik Bie.. Sape suruh dia tak kan tengahhari kan?? Selalu dah pesan tapi tak nak dengar..




Ok2 balik pada JJCM nie..selepas sejam perjalanan kitaorang pun sampailah kat tempat yang dituju.. Malangnya tempat dah penuh.. Seriously kedainya taklah besar mana pengunjung pulak ramai sangat.. Mujurlah berhampiran tempat Cik Bunga berdiri tu brader  tu dah nak siap makan.. So dorang bangun je terus Cik Bunga suruh Cik Bie duduk.. Lebih kurang 15 minit jugak lah kitaorag menunggu untuk duduk tu..





Kat sini ada pelbagai jenis menu burger..memang meletop2 menu dorang.. harga pun sangat berpatutan… Bagi Cik Bunga harga dia sangatlah murah..




Cik Bunga suka roti dia sebab dikukus.. Dan dorang ada tomato bun dan charcoal bun jugak.. Cik Bunga dan Cik Bie order set Brozela Burger Grill (atas permintaan Cik Bie..) memang kenyang pas makan tu.. Dan untuk pengetahuan korang dorang pun menerima tempahan kek burger untuk sebarang majlis..



Korang yang nak try boleh g kat alamat bawah ni :

Taman Villa Perdana,
Telok Panglima Garang,
Selangor, Malaysia
+60 14-962 2218 (boleh reserved meja kalau korang takut takde tempat)
Faceook : BurgerWarisan





KESIBUKKAN MELANDA

Fuhhhh pagi2 isnin nie tiba2 pulak rasa macam mau demam.. Sakit kepala dan selsema.. Mungkin nie penangan tak berehat dihari cuti.. Entah kenapa sangat proaktif minggu lepas.. Perubahan hormon agak positif alhamdulillah hahahaa.. Idoklah pening kepala Cik Bie nak melayan.. Time2 macam nie kerja pulak bersampan2.. Tak pe2 bisa diberensin semua itu nanti .. Curi masa sikit time rehat nie untuk up entri kat blog..


Memandangkan cuaca hujung minggu lepas agak baik boleh kata sakan jugak Cik Bunga merapu.. Sabtu hari tu lepas balik dari kerja tengahhari tu Cik Bunga pergi tukar tayar moto.. Ehh Cik Bunga naik moto?? Yelah senang dan cepat..tapi ada waktu naik jugak kereta lagi2 musim hujan macam sekarang nie kan..





Balik dari kedai moto teringat pulak yang ada date dengan Cik Bie.. Maklum minggu depan (minggu nielah) dan 2 minggu lagi tak dapat nak ngedate.. Sebabnya Cik Bie ada family trip dan begitu jugak dengan Cik Bunga.. Tapi date pun gara2 Cik Bunga saje nak try Burger Bakar.. Lama dah teringin burger bakar tu.. Macam kesian je kan tak pernah makan burger bakar yang besar2 macam gajah tu.. Cumanya tak tau nak makan kat mana.. Bila dapat tau 1 tempat nie terus ajak Cik Bie pergi.. Dalam keterpaksaan jugak la Cik Bie ngikut.. Sebab masa tu dia dah lapar sangat sebab mama tak masak.. Ehhh mama dia pun nak dating jugak dengan ayah..


Mujur masa tu tak kena tunggu lama sangat.. Tak delah Cik Bie kebuluran hehehe.. Lepas makan tu waktu masih lagi awal.. Malam masih muda kononnya.. Jadi Cik Bunga pun ngajaklah Cik Bie tengok movie cerita Hunger game yang Cik Bunga review hari tu.. Kebetulan Cik Bie memang suka cerita tu and mengikuti setiap siri..




Sementara menungggu movie start sempatlah Cik Bunga pergi shopping sehelai dua dekat dalam mall tu.. Nak on the way balik tu mama Cik Bunga pulak call suh beli barang.. Singgahlah ke kedai kejap.. Padahal Cik Bie ada janji dengan kawan2 dia nak pergi tengok bola pukul 1 lebih.. Entah dia pergi entah tidak Cik Bunga pun tak pasti.. Sebab kita org balik pun dah dekat pukul 1..



By the way Cik Bunga nak ucap terima kasih sangat2 dekat Cik Bie yang sanggup nak melayan kerenah Cik Bunga yang kadang2 tak masuk akal nie.. Craving benda yang tah pape.. Acah2 nak jadi food hunter (one day maybe..ehehe)..  Ok2 nanti Cik Bunga review tempat burger bakar tu ye… Sat2 lagi la…Cik Bunga nak buat kerja duluan…


Segmen JOM KENALI FOLLOWER ANDA by MawarAssufi

Jom kita join segmen nie….baru la kita dapat kenal sape followers kita.. klik banner untuk join..





SYARAT PENYERTAAN :

1. Follow Blog Mawar Assufi dengan seikhlas hati ya.

2. Like Page Nuri Assyaurah Gallery.

3. Dan cerita serba SEDIKIT saja mengenai anda.

EG :
** Menetap (Negeri) :
** Kerjaya/Study :
** Sebab Anda Blogging :
** Pernah Join Mana-Mana Blogger Club?
Nyatakan kelab tersebut :


4. TEMPOH SEGMEN : 20/11/15 - 30/11/15


5. Tag 2 Orang Kawan Anda okay :)

6. Jangan Lupa. Letak Entry Link anda yaa ^_^



========================================================================

Ini Adalah Jawapan Saya

** Menetap (Negeri) : Selangor

** Kerjaya/Study : pekerja swasta dalam bidang haulage.
** Sebab Anda Blogging : mula berblogging sebab suka sangat menulis dan niatnya nak isi masa lapang..berkongsi pengalaman..pendapat..dan menambah kenalan..
** Pernah Join Mana-Mana Blogger Club? Nyatakan : belum lagi..mungkin akan..



TAG : 





Mini Giveaway by Myra & Ina

Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

GIVEAWAY: 100 followers celebration by Zanna Ghazali



Jom ramai2 join giveaway rakan blogger kita nie.. Sambil2 menambah kenalan kat alam maya nie..

syarat2 dia pun mudah jew..


KLIK BANNER UNTUK JOIN



2nd GiftAway By Starlavenderluna




Ada giveaway sedang berlangsung dekat blog Starlavenderluna.. sape2 nak join klik banner kat atas.. syarat yang mudah sambil2 kita tambah kenalan blog dan erat kan silaturahim… 


Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA