Showing posts with label soaljawab. Show all posts
Showing posts with label soaljawab. Show all posts

KENAPA TAK KAHWIN LAGI??

Assalamualaikum Uolls.. Ingat tak yang Cik Bunga pernah kata nak cerita apa soalan kedua yang orang kerap tanya dengan Cik Bunga kan?? KLIK SINI

Ok Soalannya ialah :

  • Kenapa berpisah??
  • Kenapa tak rujuk balik??
  • Dan kenapa tak kahwin lain??

Tiga soalan nie akan datang serentak.. Kadang-kadang tu letih dah nak jawab sebabnya mereka-mereka nie sentiasa tak puas hati dengan jawapan yang kita bagi.. Kalau boleh dorang nak kita cerita detail dengan dorang.. Selalunya lah orang-orang yang macam nie adalah orang-orang yang kepochi..

Tahun pertama, kedua, ketiga memang rasa down sangat bila orang kerap tanya soalan nie.. Sebabnya rasa macam teruk sangat pula jadi single mother ni… Teruk ke??? Cik Bunga rasa tak selagi kita tahu jaga diri dan harga diri…

Orang kat luar sana kebanyakkannya mengkategorikan IBU TUNGGAL ini sebagai perosak rumahtangga orang lain.. Dan mungkin disebabkan itu mereka memandang serong kepada status ini.. Tapi bukan semua ibu tunggal yang bersikap begitu, jadi janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Ok balik kepada soalan tadi..

Kenapa berpisah??

Pada Cik Bunga mungkin dia bukan jodoh Cik Bunga jadi kami berpisah.. Senangkan??? Buat apalah kita nak kusutkan kepala memikirkan sebabnya.. Sedangkan apa yang berlaku itu adalah aturan Allah..

Kenapa tak rujuk balik??

Ok.. kenapa tak?? Macam yang Cik Bunga cakap tadi dia bukan jodohnya.. Untuk apa kalau kami rujuk tapi perkara yang sama mungkin berulang walaupun rujuk itu demi kebaikan anak.. Ok kadang-kadang orang akan kata rujuklah balik kesian dekat anak..”  Pada Cik Bunga anak itu layak dapat yang lebih baik lagi.. Bukan itu sahaja yang terbaik untuk dia.. Aturan Allah kita tak tahu..

Dan soalan seterusnya Kenapa tak kahwin lagi??

Soal kahwin bukanlah perkara mudah seperti kita tukar baju ataupun tukar sofa dekat rumah.. Bohonglah kalau Cik Bunga kata Cik Bunga tak cuba menjalinkan hubungan baru dengan lelaki lain selepas berpisah.. Ternyata bukan mudah untuk mencari pengganti teman hidup kalau nak dibandingkan mencari pengganti kekasih hati..

Sebab apa Cik Bunga kata macam tu?? Sudah pastilah Cik Bunga nak cari seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya.. Betul tak?? Tapi kalau yang baru tu tak meyakinkan macam mana kita nak meneruskan fasakan?? Kadang-kadang tu jugak sebab serik dan tak sedia lagi..

Alhamdulillah selepas 5 tahun menjadi single awal tahun nie Cik Bunga kenal dengan seseorang yang 5 tahun muda dari Cik Bunga. Kenapa pilih yang muda?? Hahahaha mesti soalan ni korang akan tanya.. Sebabnya dia dapat terima Mia.. Tu je alasannya..



Nanti-nanti Cik Bunga cerita pasal dia ok…



JAWAPAN KEPADA 10 SOALAN SHIKIN RAZALI

Salam kenalan maya sekelian.. Terima kasih Shikin Razali sebab tag CB untuk jawab 10 soalan dari awak.. Huhuhu rasa macam kena temuramah dengan wartawan pulak.. Soalan2 dari Shikin macam dekat bawah ni :

  • Kenalkan diri awak
  • Antara pulau atau bandar, mana satu pilihan? kenapa?
  • Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
  • Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
  • Pendapat awak tentang jurnal saya?
  • Warna kegemaran awak
  • Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
  • Siapakah idola awak dalam kehidupan?
  • Barang yang WAJIB awak bawak semasa keluar dari rumah.
  • Tempat percutian idaman awak?  


Jawapan saya CB :

  • ·      Nama saya Cik Cahaya Bunga atau boleh je panggil CB Erin. CB anak ke 3 dari 4 adik beradik.. Seorang ibu tunggal.. Mempunyai seorang cahaya mata bernama Mia.. Umur CB 28 tahun.. Bekerja di sebuah company swasta sebagai kerani khidmat pelanggan.
  • ·      CB suka pulau.. Sebab dapat merasa tenang, damai berbanding bandar yang sesak dan padat.
  • ·      Pencapaian terbaik?? Hurm apa ye?? Pencapaian terbaik tu mungkin dapat menjadi seorang ibu kepada seorang puteri.. Biarpun CB terpaksa mengharungi semuanya sendiri tanpa bantuan, alhamdulillah dengan semangat dari keluarga CB mampu bertahan sehingga kini..
  • ·        Mungkin kucing sebab dia manja.. Tapi CB tak boleh bela kucing sebab Mia ada alahan..
  • ·        Jurnal Shikin banyak membantu dan memberi info kepada pembaca2 yang berkunjung… Dan CB suka dengan templete yang baru ni… Nampak kemas..
  • ·        Warna kegemaran CB berubah ikut umur kot…hahahahaha… Tapi untuk masa ni CB suka warna purple..
  • ·        Buku ye??? CB suka baca novel.. Novel2 fiksyen atau cinta.. Sebabnya boleh membantu sikit dalam pengaturan ayat dalam penulisan..
  • ·        Idola CB dah tentulah mama CB.. Kegigihan dan kesabaran dia sangat2 buat CB kagum.. Mama sangat tabah menempuh dugaan yang datang dalam hidup dia..
  • ·        Of coz sekarang ni kena bawak handphone dan wallet.. Tak ada dua nie kompom tak keruan la CB.. Mesti nak cepat2 balik rumah.
  • ·        CB nak pergi korea.. Hahahaha… Macam tak kena je kan?? Tapi seriously memang teringin sangat.. insya allah kalau dipanjangkan umur..

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA