My Meow Now

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

REVIEW PRODUK - SKRUB MUKA SYAHIRAH

Assalamualaikum reader semua.. Hari ni CB nak review satu produk penjagaan muka dengan korang..




Taaaaadaaaa  ni lah produk tu Syahirah Skrub Muka. As korang semua tahu CB sangat setia dengan produk keluaran Safi dari zaman sekolah lagi.. Tapi sejak Safi mengupgrade produk dorang, bila CB pakai kulit muka CB jadi terlalu kering dan sedikit mengelupas.. Ini terjadi mungkin sebab CB tak berapa serasi dengan bahan baru dalam produk tersebut..

CB memang cerewet tentang produk penjagaan muka sebab kulit muka CB agak sensitif. CB try pakai skrub muka Syahirah nie dari hari CB ke Langkawi. Alhamudillah kulit yang kering dan mengelupas tu dah kurang.. Kulit rasa lembut dan lembab..

Tekstur skrub juga tidak terlalu kasar..  Fungsi skrub muka ini ialah menbuang sel2 kulit mati dan juga bintik2 hitam pada muka.. Juga membantu kembalikan tona warna kulit muka.. Selalunya bila CB mudah dapat sunburn bila terlalu terdedah pada cahaya matahari yang terik. (dekat Langkawi hari tu panas sangat.. tambah naik bot menyusuri lautan) Tapi dengan penggunaan Skrub muka nie tak ada sunburn sangat..  CB harap2 serasi la guna produk Syahirah ni.. So korang pun boleh try jugak..


Tabung Mia

Menarik Disini