Selamat petang uolls.. Jarang sekali CB update
blog sekarang.. Sejak2 terjebak dengan Smule & Clash Royale.. Lagi nak
bahagi masa dengan family dan kerja.. Sudahnya blog terabai.. Huhu.. Tapi hari
nie CB nak share dengan korang pasal buah hati ulam jantung CB, Mia.. Kalau
korang tengok dari tajuk post ni mesti koranag pun jadi suspend macam CB rasa..
Sebenarnya kisah ni berlaku sekitar bulan
Februari lepas, selepas cuti raya cina.. Dan CB baru dapat tahu malam tadi..
Pandainya Mia dan maksu nya simpan rahsia.. Kisahnya bermula satu hari tu CB
hantar Mia ke rumah sitter (dalam taman yang sama).. CB macam biasalah lepas
hantar Mia terus pergi kerja.. Rupanya pada hari tu Mia tak pergi tusyen dan
sekolah.. Mungkin sebab atuk yang selalu hantar Mia tak sihat atau lupa..
Mia pula dah kebosanan dekat rumah sitter.. Jadi
entah macam mana dia boleh terfikir untuk ambil bag dia dan lari balik ke
rumah.. Merujuk pada sumber2 dari taman, ada seorang lelaki yang sedang bawak
van nampak Mia berlari.. Jadi dia rasa
pelik dan ikut Mia sambil bertanya rumah di mana dan anak siapa.. Masa driver
van tu bertanya Mia langsung tak mengendahkan.. Dia terus lari sambil menangis (driver
van tu orang taman yang sama jugak) kemudian ada kakak naik motor nampak Mia
berlari.. Dia pun ikut jugak sebab yelah budak kecik berlari dengan bag.. Siapa
pulaklah yang tak risau..
Sampai je dekat rumah (mujur time tu adik CB ada
dekat rumah) Mia terus panggil maksu nya.. Kecoh la kejap. Balik2 tu Mia terus
minum air banyak2 sebab dah penat berlari dan dia kata dia lapar memandangkan
dari pagi dia tak makan.. Siiter pulak bila baru tersedar yang Mia sudah tiada
dirumahnya.. Dia pun menggelupur mencari… Tempat pertama dia tuju rumah mentua
abang CB.. Bila mentua abang CB kata tak ada, bertambah kecoh lah lagi sebab
mentua abang CB call kak ipar.. Kak ipar CB masa tu tengah tak sihat. Dah dia
menangis2 sebab dapat berita Mia hilang.. Da selesai hal semua baru lah suami
sitter tu datang dekat rumah..
Well CB tak salahkan Mia.. Sebab seperti yang CB
sedia maklum & nampak sendiri jugak pengalaman2 orang2 yang pernah hantar
anak ke situ.. Sitter tu memang pemalas.. Hari2 bagi budak2 makan nasi dengan
telur goreng.. dah berapa tahun tetap sama jugak.. Selalu bila CB hantar Mia
pagi2 pukul 8am tu muka dia still muka baru bangun tidur.. Kadang tu CB sampai
dia tidur lagi dekat ruang tamu tu..
Dia jadi pengasuh semata-mata nak duit
memandangkan suaminya tak bekerja dan mempunyai 2 orang lagi anak yang masih
bersekolah.. Tapi nak CB kata dia orang susah.. Income dia not bad.. Sebab
bukan seorang dua dia jaga.. Cuma sikapnya yang sambil lewa dan tak
bertanggungjawab yang buat CB sakit hati..
Now Mia tak lagi CB hantar kesana.. Mama CB
kembali jaga Mia seperti sedia kala… Alhamdulillah jugak yang tidak ada apa2
terjadi pada Mia sewaktu dia lari dari rumah sitter…
1 comment:
Alhamdulillah mia selamat..
Post a Comment