TIPS PERCUTIAN BAJET

Percutian bajet 3H 2M?? Siapa yang tak sukakan.. Hari nie CB nak share dengan korang beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang bila travel sorang2 atau dengan kawan2..


  •  Pastikan tempat yang hendak dituju.

korang kena ambil tahu tempat yang korang nak pergi seperti persekitarannya.. Lagi kalau korang travel sorang2 dan tempat yang korang nak pergi tu adalah tempat yang korang tak pernah pergi.. Sekarang korang boleh google je info2 yang korang perlukan.. Seperti tempat makan, hotel dan lain2..

  • Bila tarikh bercuti dan pengangkutan.

Ni penting.. Korang kena la tetap kan tarikh yang betul supaya dapat buat perancangan awal.. Kalau boleh elakkan waktu cuti sekolah kerana tempat2 percutian akan menjadi sesak.. Seperti penempahan hotel , pengangkutan dan lain2 penting untuk buat tempahan awal.. Pastikan korang survey betul2 harga dan lokasi hotel dan transport sebelum korang booking.. Tentang pengangkutan pula biasanya kita akan menggunakan public transport.. Tapi boleh je kalau korang nak bawak kereta sendiri.. Kalau korang naik bas pastikan stesen bas tidak jauh dari tempat yang korang nak pergi.. Contohnya kalau korang nak pergi Langkawi stesen bas kuala perlis adalah berdekatan dengan jeti.. Tak perlu jalan jauh atau ambil teksi dan sebagainya..

  • Aktiviti.

Aktiviti ni perlu jugak.. Sebab tak kan pergi bercuti duduk peram dalam bilik je kan.. Lagi2 kalau yang pergi bercuti dengan kawan2.. Jika tempat percutian itu adalah pulau pastikan korang ada buat malam BBQ.. Memang seronok.. Korang bolehlah melawat tempat2 yang menarik.. Info2 korang tempat korang boleh google.

  • Cenderamata.

Last sekali sebelum balik pastikan korang beli cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga…




Mudahkan?? Siapa kata travel tu susah.. Jika tak yakin berjalan dulu didalam negara sendiri..  Kalau dah yakin bolehlah ke luar negara..


2 comments:

Anonymous said...

itulah yg selalu saya buat..

Unknown said...

@Nor Afidah Bte Che Azmi sama lah dengan saya.. hehehe

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA