KENAPA TAK KAHWIN LAGI??

Assalamualaikum Uolls.. Ingat tak yang Cik Bunga pernah kata nak cerita apa soalan kedua yang orang kerap tanya dengan Cik Bunga kan?? KLIK SINI

Ok Soalannya ialah :

  • Kenapa berpisah??
  • Kenapa tak rujuk balik??
  • Dan kenapa tak kahwin lain??

Tiga soalan nie akan datang serentak.. Kadang-kadang tu letih dah nak jawab sebabnya mereka-mereka nie sentiasa tak puas hati dengan jawapan yang kita bagi.. Kalau boleh dorang nak kita cerita detail dengan dorang.. Selalunya lah orang-orang yang macam nie adalah orang-orang yang kepochi..

Tahun pertama, kedua, ketiga memang rasa down sangat bila orang kerap tanya soalan nie.. Sebabnya rasa macam teruk sangat pula jadi single mother ni… Teruk ke??? Cik Bunga rasa tak selagi kita tahu jaga diri dan harga diri…

Orang kat luar sana kebanyakkannya mengkategorikan IBU TUNGGAL ini sebagai perosak rumahtangga orang lain.. Dan mungkin disebabkan itu mereka memandang serong kepada status ini.. Tapi bukan semua ibu tunggal yang bersikap begitu, jadi janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Ok balik kepada soalan tadi..

Kenapa berpisah??

Pada Cik Bunga mungkin dia bukan jodoh Cik Bunga jadi kami berpisah.. Senangkan??? Buat apalah kita nak kusutkan kepala memikirkan sebabnya.. Sedangkan apa yang berlaku itu adalah aturan Allah..

Kenapa tak rujuk balik??

Ok.. kenapa tak?? Macam yang Cik Bunga cakap tadi dia bukan jodohnya.. Untuk apa kalau kami rujuk tapi perkara yang sama mungkin berulang walaupun rujuk itu demi kebaikan anak.. Ok kadang-kadang orang akan kata rujuklah balik kesian dekat anak..”  Pada Cik Bunga anak itu layak dapat yang lebih baik lagi.. Bukan itu sahaja yang terbaik untuk dia.. Aturan Allah kita tak tahu..

Dan soalan seterusnya Kenapa tak kahwin lagi??

Soal kahwin bukanlah perkara mudah seperti kita tukar baju ataupun tukar sofa dekat rumah.. Bohonglah kalau Cik Bunga kata Cik Bunga tak cuba menjalinkan hubungan baru dengan lelaki lain selepas berpisah.. Ternyata bukan mudah untuk mencari pengganti teman hidup kalau nak dibandingkan mencari pengganti kekasih hati..

Sebab apa Cik Bunga kata macam tu?? Sudah pastilah Cik Bunga nak cari seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya.. Betul tak?? Tapi kalau yang baru tu tak meyakinkan macam mana kita nak meneruskan fasakan?? Kadang-kadang tu jugak sebab serik dan tak sedia lagi..

Alhamdulillah selepas 5 tahun menjadi single awal tahun nie Cik Bunga kenal dengan seseorang yang 5 tahun muda dari Cik Bunga. Kenapa pilih yang muda?? Hahahaha mesti soalan ni korang akan tanya.. Sebabnya dia dapat terima Mia.. Tu je alasannya..



Nanti-nanti Cik Bunga cerita pasal dia ok…



4 comments:

The Putra Diverse said...

moga tabah =D sumua yg jadi ada hikmah nya. Perancangan Allah adalah yg terbaik. Be strong.

Unknown said...

@najwa zahid hehehe najwa.. tq..

Akim said...

Mungkin ade hikmah di sebaliknya

Unknown said...

@Akim ya akim betul tu...

Popular Posts

 
COPYRIGHT © 2010-2017 . ALL RIGHT RESERVED BY CIK CAHAYA BUNGA