Assalamualaikum Uolls.. Ingat tak yang Cik Bunga
pernah kata nak cerita apa soalan kedua yang orang kerap tanya dengan Cik Bunga
kan?? KLIK SINI
Ok Soalannya ialah :
- Kenapa berpisah??
- Kenapa tak rujuk balik??
- Dan kenapa tak kahwin lain??
Tiga soalan nie akan datang serentak..
Kadang-kadang tu letih dah nak jawab sebabnya mereka-mereka nie sentiasa tak
puas hati dengan jawapan yang kita bagi.. Kalau boleh dorang nak kita cerita
detail dengan dorang.. Selalunya lah orang-orang yang macam nie adalah
orang-orang yang kepochi..
Tahun pertama, kedua, ketiga memang rasa down
sangat bila orang kerap tanya soalan nie.. Sebabnya rasa macam teruk sangat
pula jadi single mother ni… Teruk ke??? Cik Bunga rasa tak selagi kita tahu
jaga diri dan harga diri…
Orang kat luar sana kebanyakkannya mengkategorikan IBU TUNGGAL ini sebagai perosak
rumahtangga orang lain.. Dan mungkin disebabkan itu mereka memandang serong
kepada status ini.. Tapi bukan semua ibu tunggal yang bersikap begitu, jadi
janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
Ok balik kepada soalan tadi..
Kenapa berpisah??
Pada Cik Bunga mungkin dia bukan jodoh Cik Bunga
jadi kami berpisah.. Senangkan??? Buat apalah kita nak kusutkan kepala
memikirkan sebabnya.. Sedangkan apa yang berlaku itu adalah aturan Allah..
Kenapa tak rujuk balik??
Ok.. kenapa tak?? Macam yang Cik Bunga cakap tadi
dia bukan jodohnya.. Untuk apa kalau kami rujuk tapi perkara yang sama mungkin
berulang walaupun rujuk itu demi kebaikan anak.. Ok kadang-kadang orang akan
kata “rujuklah balik kesian dekat anak..” Pada Cik Bunga anak itu
layak dapat yang lebih baik lagi.. Bukan itu sahaja yang terbaik untuk dia..
Aturan Allah kita tak tahu..
Dan soalan seterusnya Kenapa tak kahwin lagi??
Soal kahwin bukanlah perkara mudah seperti kita
tukar baju ataupun tukar sofa dekat rumah.. Bohonglah kalau Cik Bunga kata Cik
Bunga tak cuba menjalinkan hubungan baru dengan lelaki lain selepas berpisah..
Ternyata bukan mudah untuk mencari pengganti teman hidup kalau nak dibandingkan
mencari pengganti kekasih hati..
Sebab apa Cik Bunga kata macam tu?? Sudah
pastilah Cik Bunga nak cari seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya..
Betul tak?? Tapi kalau yang baru tu tak meyakinkan macam mana kita nak meneruskan
fasakan?? Kadang-kadang tu jugak sebab serik dan tak sedia lagi..
Alhamdulillah selepas 5 tahun menjadi single awal
tahun nie Cik Bunga kenal dengan seseorang yang 5 tahun muda dari Cik Bunga.
Kenapa pilih yang muda?? Hahahaha mesti soalan ni korang akan tanya.. Sebabnya
dia dapat terima Mia.. Tu je alasannya..
Nanti-nanti Cik Bunga cerita pasal dia ok…
4 comments:
moga tabah =D sumua yg jadi ada hikmah nya. Perancangan Allah adalah yg terbaik. Be strong.
@najwa zahid hehehe najwa.. tq..
Mungkin ade hikmah di sebaliknya
@Akim ya akim betul tu...
Post a Comment